Tuesday, April 30, 2019






1-Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda. 
- Pastikan Anugerah ini di label dengan tajuk "AnugerahBlogger"


2- Berikan 5 Fakta menarik mengenai si penghantar Anugerah.
5 Fakta terbaik mengenai En Faizul Afzan : 
1. Maklumat diberi mudah difahami.
2. Pembentangan yang sangat jelas.
3. Penggunaan teknologi yang efisien
4. Kelakar dan Tegas.
5. Personaliti yang kemas.

3-Tuliskan 5 perkara tentang diri anda sendiri 

 1. Suka bermain dengan kucing.

 2. Suka dalam mengkaji Sejarah 

 3. Suka menunggang Motosikal

 4. Bersenam

5. Bermain Games .

4- Sampaikan Anugerah ini kepada 5 orang penulis Blogger yang menjadi pilihan anda dan nyatakan kenapa blog ini menjadi pilihan anda.



 "Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai" ini saya anugerahkan kepada :

1. Akim: Grafiknya menarik, ada info yang boleh dipelajari.
2. Amira: Grafiknya menarik.
3. Saiful : Grafik menarik dan ada info yang menarik boleh di baca.
4. Shahril : Grafik menarik dan ada info yang menarik boleh di baca.
5. Chia :  Artikel berbahasa Inggeris yang menarik untuk dibaca.

Friday, April 12, 2019

AMALAN 5S YANG MESTI DIPRAKTIKKAN


Assalamualaikum Warga Blogger .. Terima Kasih kerana datang ke laman web Saya . Ok Baiklah disini Saya akan berkongsi sedikit ilmu untuk Anda mengenai 5S 



APA ITU 5S?









5S ialah Sisih,Susun,Sapu,Seragam dan Sentiasa Amal . Ia merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk menjadi satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan kebersihan yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan.


LANGKAH-LANGKAH 5S


1. SISIH



 Kite perlu mengasingkan peralatan yang tidak lagi digunakan unutk menampakkan peralatan lebih kemas . Susun peralatan komputer dengan teratur dan buang segala peralatan yang tidak digunakan .








Selepas melakukan 5S kawasan tempat komputer nampak lebih kemas dan teratur .
Suasana pembelajaran yang lebih efisien .



2. SUSUN



Selepas melakukan Sisih Langkah 2 ialah Susun seperti susun meja , kerusi dan wayar untuk menampakkan lebih kemas .





Wah.. Baru lah nampak lebih kemas :) . Ok baiklah kita boleh ke langkah yang seterusnya...



3. SAPU




Langkah ke-3 ialah SAPU , ia kita perlu sapu kawasan tempat kita belajar ataupun dirumah untuk nampak lebih kemas dan cantik .





Kotor bukan? Jika tidak melakukan 5S pasti kawasan tempat kita belajar lagi kotor dan tidak teratur .



4. SERAGAM 





Seragam juga perlu ada , ini penyusunan kawasan makmal ICT kami mudah dan tidak terlalu padat .










Untuk menampakkan lagi kemas dan bersinar kita perlu mengemop lantai juga . Mengasingkan semua kerusi dan mencuci kotoran di bawah lantai yang terselit itu .







Yeah!! Akhirnya lantai nampak lebih bersinar dan tidak kotor . Barulah kelas akan nampak lebih ceria .






5. SENTIASA AMAL



Kita akhiri dengan menyusun semula kerusi dan perlu sentiasa mengamalkan 5S untuk menjadikan kita lebih rajin membersihkan kawasan kita belajar ..


Assalamulaikum .. Terima kasih Datang ke Blog SAYA :)



Monday, April 8, 2019

(Video embeded) dari petikan filem Karate Kid





Apa yang saya dapat dalam video pertama ini ialah budak itu melakukan perkara yang sama berulang kali dan mendapat hasil tersebut . Begitu juga lah dengan pembelajaran Web Development yang perlu sentiasa mengulangi penggunaan coding html dan Photoshop sehingga mahir menggunakannya
.



 



Ilmu juga bukan sahaja dilakukan secara setempat tanpa bergerak , kita juga perlu mencari ilmu di luar dengan membuat penyelidikkan dan pemantauan untuk memahami sesuatu konsep seperti video yang kedua . Dalam Web Development juga perlu mengembangkan lagi penggunaan software yang untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri .







Hasil yang kita peroleh daripada video yang 1 dan 2 dapat di satukan kedalam video yang 3 hasilnya budak itu memenangi pertandingan kungfu tersebut . Begitulah kita dengan mempunyai asas programming dan pengetahuan luar perlu dikembangkan untuk mendapatkan hasil yang menjadi manfaat kepada diri kita .

Monday, March 4, 2019

TIPS MENJAGA KENDERAAN (MOTOR)





Satu tabiat buruk pengguna motosikal adalah kerap mengabaikan rutin penyenggaraan, terutama kalangan penunggang yang menjadikan kenderaan mereka itu sekadar alat bergerak sahaja .


Tahukah anda amalan penyenggaran yang dilakukan secara rutin mampu mengelak motosikal anda menghadapi kerosakan besar yang menelan kos baik pulih tinggi? Mari, kita ikuti apakah 5TIPS yang sepatutnya anda sebagai penunggang ambil tahu, tapi selalu diabaikan:




1. PELINCIRAN AM




Pergerakkan pada motosikal memerlukan pelincir. Antaranya, sambungan suspensi, hendal, tongkat, alas pemijak (jika boleh digerakkan) dan skru serta nat. Jika dibiarkan lama tanpa pelinciran, pergerakan komponen tersebut boleh terganggu disebabkan pengumpulan habuk atau karat.
Misalnya skru, walaupun tidak membabitkan pergerakan, tetapi jika dibiarkan berkarat lama, komponen itu pun boleh mereput, dan sukar ditanggalkan kecuali menggunakan bantuan alat elektronik berkuasa (power tools).
Seeloknya, sebelum pelinciran dibuat, anda perlu bersihkan kawasan tumpuan menggunakan kain pengelap atau berus gigi terpakai. Bagi tugasan pelinciran pula, anda boleh gunakan pelincir serba guna seperti WD40 yang sudah jadi pilihan popular zaman berzaman. 

2. SISTEM BREK

Image result for sistem brek motor



Kasut brek untuk brek dram dan pad brek (brek cakera) ada tempoh tertentu untuk haus, tetapi janganlah sampai dibiarkan terlalu lama pula. Alat ganti itu bergantung kepada kekerapan anda menggunakan motorsikal, dan bolehlah diperiksa sebulan sekali.


Cara Periksa Sistem Brek:
  • Pad brek (brek cakera) - Semak alur atau lekuk indikator pada pad brek. Pad baharu mempunyai alur yang dalam. Tukar pad baharu jika paras alur nampak tipis.
  • Kasut brek (brek dram) - Periksa bahagian luar dram untuk indikator haus dan indikator tukar. Tekan pedal brek untuk dapatkan bacaan,  sekiranya jurang atau gap antara indikator itu sangat dekat, itu bermaksud anda perlu menukar brek dram baharu.

Antara masalah brek dram yang kerap dihadapi ialah bunyi nyaring ketika motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bawa saja ke bengkel dan minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.


3. PERIKSA MINYAK HITAM/ENJIN

Image result for MINYAK HITAM MOTOR


Penyenggaraan minyak hitam bukan sekadar tuang dan periksa apabila tiba tempoh menukar. Lebih-lebih lagi jika anda guna pelincir sintetik dengan tempoh menukar lebih lama. Kekerapan memeriksa minyak hitam, misalnya seminggu sekali, membolehkan anda memerhati sebarang tanda bahaya yang mungkin menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin.
  • Warna - Jernih dan keperangan (warna asal) menunjukkan minyak masih elok. Jika hitam atau kusam sudah sampai masa ditukar baharu. Jika keputihan, ini bahaya kerana gasket kepala silinder kemungkinan bocor atau berlaku masalah besar lain!
  • Aras Berubah - Jika takat minyak terlalu cepat berkurangan, itu bermakna motosikal anda ada masalah gegelang piston (antara punca utama) atau masalah injap (valve). Bawa segera ke bengkel atau pusat servis untuk diperiksa.
4. PENJAGAAN RANTAI MOTOR

Amalan ini selalu diabaikan hingga menyebabkan rantai jadi terlalu longgar dan berbunyi. Tahukah anda rantai longgar juga mampu menjejaskan prestasi motosikal?

Image result for RANTAI MOTOR


Rantai yang kemas dan diminyakkan dapat melakukan hantaran kuasa ke roda belakang dengan lebih lancar. Malah, kekerapan menyenggara dan melincirkan rantai mampu memanjangkan jangka hayat komponen berkenaan.
Sebagai penunggang motosikal di negara tropika yang kerap mengalami hujan dan panas sepanjang tahun, anda dinasihatkan memiliki sendiri pelincir khas untuk rantai motor 
bagi memastikan keselamatan motor anda terjaga .


5. JAGA TAYAR

Image result for tayar moto

Tayar ialah komponen utama yang menghubungkan anda dengan jalan. Namun, masih ramai penunggang meletakkan diri dalam risiko bahaya dengan menunggang motosikal tanpa tayar cukup tekanan.

Tayar yang tiada tekanan angin mencukupi bukan saja boleh cepat haus, tetapi turut menjejaskan kawalan. Motosikal akan jadi lembab untuk memecut dan tidak stabil ketika mengambil selekoh.
Anda perlu periksa angin tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali walaupun motosikal anda hanya diparkir dalam garaj. Sila pam angin mengikut tekanan ditetapkan dalam manual penyenggaraan. Perhatikan juga keadaan bunga tayar untuk mengesan sebarang tanda kehausan atau kebocoran seperti tertusuk paku atau objek tajam.

KESIMPULAN

Image result for superbike malaysia
Senarai di atas hanya membabitkan rutin penjagaan asas untuk mana-mana motosikal. Bagi penjagaan lain, seperti memeriksa kelegaan injap dan aspek teknikal lain yang lebih rumit, eloklah rujuk kepada manual penyenggaraan atau dapatkan khidmat bantuan mekanik terlatih dan pergi ke bengkel untuk mendapatkan pengetahuan.











EUSAHAWAN : AISKRIM PELBAGAI PERISA

Dalam mempelajari Eusahawan kami dapat membuka perniagaan secara kecil-kecilan untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan mengenai konsep perniagaan .Saya menjual AISKRIM PELBAGAI PERISA yang menyegarkan untuk orang ramai .  







Tuesday, January 29, 2019

Bagaimana mengurus maklumat



Infographic bertujuan memberi gambaran ringkas tentang sesuatu topik atau data. Ia juga dapat menerangkan proses yang kompleks dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami.
Selain dapat meringkaskan catatan blog panjang atau laporan ia juga dapat
membentangkan tentang data atau maklumat dalam bentuk visual yang menarik dan dalam teks yang minimal.
Hal ini kerana data atau maklumat yang tidak tersusun atau teratur akan menyukarkan seseorang untuk memahami atau membaca konteks dalam sesebuah pembentangan.

Tuesday, January 22, 2019

Jawapan tugasan


1. Apakah itu Kanban? Jelaskan Fungsinya.
( 3 Markah )

KanbanFlow adalah alat pengurusan projek Lean dengan antara muka pengguna yang intuitif yang mudah dipelajari dan digunakan. Lembaga Kanban memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan kerja semasa anda. Di dalam pasukan, anda dapat melihat dengan segera apa ahli pasukan anda sekarang berfungsi, tugas apa yang telah mereka selesaikan, dan apa yang akan datang.


2. Jelaskan fungsi Pomodoro dan nyatakan 3 kebaikannya ? ( 5 Markah)                                             


  Pomodoro membantu track masa dan mengekalkan focus ketika bekerja. Aplikasi ini membantu mengatur masa dan menguruskan tugas dengan lebih efektif.

1.     Dapat mengurus masa dengan lebih baik.
2.     Dapat membantu focus dalam setiap tugasan.
3.     Menjamin keselamatan data setiap tugasan yang hendak disimpan.




3. Apakah itu Blog ? Apakah bezanya dengan email ? 
(2 Markah)                                                                                                                                            
  
 Blog ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.


Blog kekal di laman web anda dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Anda menghantar surat 
berita e-mel anda melalui e-mel kepada kumpulan orang tertentu. Blog membantu anda 
meletakkan diri anda dan syarikat anda sebagai pakar industri. Newsletter e-mel 
membolehkan anda mengesan dan menyasarkan kumpulan pembaca tertentu.


4. Apakah kegunaan Embeded? 
(2 Markah)

HTML <embed> element digunakan untuk mengintegrasikan aplikasi external (selain HTML) atau konten interaktif (Plug-in) kedalam dokumen HTML (Web).
Penggunaannya bersamaan dengan attribute <src> yang merujuk pada sumber dari file aplikasi eksternal atau plug-in tersebut.